Friday 24 October 2014

Jalan Ini?

Perjuangan ini panjang.
Perlukan strategi.
Perlukan kesabaran.
Perlukan kekuatan.
Bergerak, dan terus bergerak.
Walau merangkak, asal bergerak.

Sungguh, jalan ini tidak mudah. Jalan ini susah,dibentangi onak duri. Bukannya dihamparkan dengan permaidani merah. Hari kemenangan yang dijanjikan ALLAH belum tentu pada usia kita, belum tentu juga pada umur anak-anak kita. Mudah sekali untuk kita memberi alasan mengapa kita tidak mahu bersama gerabak ini. Gerabak DnT ini.

Tapi, ketahuilah bahawa,
 Gerabak ini akan tetap berjalan,dan terus berjalan. Bersama kita ataupun tidak. 
Gerabak ini akan tetap mendapat kemenangannya. Berrsama kita ataupun tidak.

Dan tatkala ia berdiri semula dalam keadaan bukan kita yang mengusahakannya, kitalah yang akan terasa rugi. Rugi kerana tidak bergerak bersama-sama dalam kafilah perjuangan yang mulia.

Kitalah yang perlu bertanya nanti, jikalau bukan bersama gerabak memenangkan Islam ini, maka pulang bertemu dengan ALLAH SWT nanti, kita hendak bawa apa?

Agama ini akan tetap terjaga, akan bangkit semula suatu hari nanti. Kerana agama ini ada penjaganya yang utama iaitu Allah SWT.

Sedarlah,masih banyak lagi kerja yang harus kau lakukan..