Friday 27 January 2017

Banyak sangat mengajar,
Aku takkan pernah mampu jika tanpaMu,
Aku takkan pernah kuat,jika Engkau tidak menguatkan aku,
Ajarkan aku, tentang erti setia pada satu cintaMu,
Ajarkan aku, untuk terus melangkah ke hadapan,
Ajarkan aku, untuk tidak pernah berputus asa pada rahmatMu, pada cintaMu,
Besarkanlah jiwa ini, 
Kuatkanlah hati ini..


Thursday 10 November 2016

:)

Assalamualaikum~~

Hihi, lama sangat dah tinggalkan blog ni..
時間がないかな~huhu
Tapi aku still menulis je, kadang2 dalam buku, tak sempat nak buka blog nak tulis..
Menulis setiap apa yang aku rasa :)

Dah nak masuk 8 bulan dah aku kat sini, kat mana ? :)
Cukup untuk mengajar aku, terlalu banyak perkara..
Allah, Your plan is always the best :)
Terlalu banyak rasa, rasa yang Dia izinkan aku untuk rasa,
terlalu banyak mereka2 yang Dia hadirkan untuk mengajar aku dari sekecil2 perkara,
dan mungkin, yang paling memberi aku makna, tentang erti cinta seorang hamba kepada Yang Maha Agung, tentang erti perjalanan seorang hamba yang kerdil, munuju pada Dia, tentang apa itu erti kasih dan cinta yang tiada penghujungnya..

Tiada lagi yang lebih aku inginkan melainkan,
ingin menggapai cinta dariNya..

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari :)

Monday 29 February 2016

Tidak kira di mana, kalau waktu itu ketika itu 直接 Allah nak tarbiyyah hambaNya, pasti ada sesuatu yang Dia ingin kita sedar, kita tahu.

**************************************

"Salah ke ek kalau kita ni minat kat seseorang? Perasaan itu fitrah kan ? Ke macam mana pun kita kena buang perasaan tu?"

"Erm, fikir balik, fikir betul2, sebab apa suka tu? Betul ke perasaan itu lagi mendekatkan kita pada Dia? Atau sebenarnya memang buat kita jauh je dari Dia?"

Diam.

Terfikir balik. Tenang ke hati ini dengan semua ni? Betul ke dengan apa yang berlaku sekarang ni? Benar ke, Dia redha dengan cara ni?

***************************************

Hati ini, mana mungkin dapat diisi dengan perkara, sesiapa melainkan Dia. cuma Dia. dan juga cinta, kasih, yang berlandaskan kerana Dia. Ilah kita, cuma Dia.

Kerana dalam Islam, tidak ada yang kelabu. Cuma hitam, ataupun putih. Tiada jambatan yang menghubungkan dua perkara itu.

***************************************

"Nak fly dah tak lama, tapi masa ni lah diuji dengan perkara yang saya rasa saya tak patut fikir pun lagi. Saya dah penat, sungguh, Diri ni pun, entah ke mana sekarang. Betul2 dah kokoro jyunbi ke nak pergi nihon, dah setkan ke matlamat utama nak pergi nihon. Saya tak nak, pergi sana, sekadar pergi, tanpa berfikir, untuk apa sebenarnya aku pergi ke sana.."

"Su..berkali2, Allah akan uji titik lemah kita. Ingat tu. Sampai la kita dah betul2 boleh atasi benda tu.."

Penat, sungguh.

***************************************

"Memang susah nak cakap, banyak benda fikir. Nak jaga hati orang la, betul ke apa yang buat ni, or patut senyapkan aje. Tapi su, bila saya cakap, apa yang saya nak, apa yang saya rasa, dan setkan niat memang hanya kerana Dia, lepas tu sy jadi lega. Sekurangnya tiada beban dah nak fikir. Sebab saya tahu, ada Dia, yang Maha Mengetahui :)"

****************************************

Tak nak fikir pun, tapi bila tak nak lah, makin banyak yang datang. Yang menjadikan untuk terfikir.

Aku benar, perlukan, kekuatan dariMu, petunjuk dariMu.











Friday 20 November 2015

辛い。。

Terlalu banyak perkara yang berlalu. Sesuatu yang tidak dapat untuk aku ungkapkan melalui kata2.

Hati ini, tidak mampu aku jaga sebaiknya untukMu.

Allah,ampuni aku..

Tetapkan hati aku dalam membuat keputusan. Pandu hati aku untuk membuat pilihan yang terbaik, terbaik dariMu ya Allah.

Setiap yang terjadi, banyak pihak yang telah aku susahkan. 悪いね、私。。

もういいです.
もう考えたくない。
やっぱり、私は、弱いです。
いつも逃げたいと思ったんだけど、逃げられない。

Setiap apa terjadi, setiap apa yang berlaku, aku yakin Engkau sedang mengatur sesuatu yang indah. Mungkin bukan sekarang, tapi pada akhirnya.

Wednesday 7 October 2015

Hati,心

Andai mereka mengerti, sungguh aku hanya punya satu hati. Mereka juga bukan? Hati yang mana cuma milikNya, yang perlu aku jaga, yang perlu aku bersihkan, yang perlu aku isi, hanya dengan namaNya, hanya dengan cintaNya..
Hati yang mana setiap hari,setiap detik,setiap ketika ingin hidup hanya untukNya, sebagai seorang hambaNya..
Hati yang mana, setiap hari menuntut untuk jalankan tugas sebagai abid n khalifah di muka bumi ini. Bukan, untuk perkara yang sia2.

Dan hati yang mana aku cuba dan cuba untuk simpan hanya pada orang yang tepat, bila tiba masanya. Aku yakin, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Sungguh, aku manusia biasa yang mana aku akui, bukan senang, untuk aku jaga hati ini betul2. Sukar.

辛い、本当です。。
だから、皆、そのことをやめてください。。

Mengertilah aku, bahawa ini ujian dariMu ya Allah. Dan sungguh, tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dariMu..

Wednesday 30 September 2015

300915

1:46
01.10.15

Tak boleh tidur lagi,entah perasaan yang dah lama kot tak rasa,alhamdulillah :)

Taktau tapi rasa macam nak menulis setiap apa yang berlaku hari ni,sebab taknak semuanya berlalu begitu saja.

Maa ne mungkin aku ni jenis yang sentimental sikit kot,sesetengah orang mungkin anggap biasa je benda ni. Tapi mungkin bagi aku tidak,kerana sangat2 hargai semua yg berlaku pada hari ni. Alhamdulillah :)

Oh ya saya dah masuk 20 ! IamAbigGirl !
Alhamdulillah,syukur Allah izinkan untuk merasai kehidupan kat dunia ni selama 20 tahun.

Yang berusaha jadi orang yg terawal untuk wish, aku sangat2 hargai. Intan,ainur,syerah,nadhirah,adik,anis yang tak tidur tunggu sampai aku balik bilik untuk wish then bagi kek n dark chocolate yg sememangnya favourite akuu,macam mana tak terharuu :') n semestinya ayu yang dari dulu,tak pernah fail untuk jadi orang yang terawal. Tepat 00:00, 30.09.15..
Terharu dengan ucapan dan yang penting doa2 yang baik dari mereka,yang benar sangat2 aku perlukan. Bukan senang nak dapat doa2 dari orang kan :)

Bila mama call tanya,

"kakak nak apa untuk hari jadi kakak ?"

Fikir2 balik, mama dah beri semuanya untuk aku,everything,terlalu banyak pengorbanan,apa lagi yang boleh aku mintak? :')

"doakan kakak sentiasa mama,dunia akhirat"

Doa seorang ibu tiada hijab bukan ? :)

Pagi dapat message fb,senpai2 hyogo hantar recording nyanyi lagi birthday. Macam mana tak terharu?:')

Tengah hari, mad datang hantar kek. Terharu,bila sanggup datang untuk hantar :')

Dapat parcel,tudung. Benda yang aku suka, macam mana aku tak terharu ? :') Terima kasih,jzkk.

Malam ada usrah dengan adik2 and sungguh tak pernah expect pun dyeorg ingat and celebrate dalam usrah. Siap beli kek,dominos bagai, macam mana tak rasa terharu ? :')

Balik bilik tengok ada hadiah craft yang sangat comel daripada kimah, cute sangat,sungguh ! Teringat zaman2 sesma dulu.

Bukak loker ada tudung and kad dari tirah. Sesuatu yang aku suka, again macam mana tak rasa terharu ? :')

Alhamdulillah ya Allah.
Even sekecil2 benda cukup untuk buatkan aku rasa gembira hari ini,sungguh.
Semuanya dengan izinMu ya Allah. Rasa ini juga benar,dariMu. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Doa dari semua,jzkk.

"Doa akk moga Allah jadikan hari2 suu adalah hari yg mana hati suu sentiasa hidup untuk Dia. Hari yang suu x pernah kenal erti putus asa mencari redha Dia."

Syukur��






Saturday 19 September 2015

辛い。。

"Tiada manusia, yang setiap kali hadirnya ujian, dia sentiasa menang. Mungkin Allah nak suruh su tahu, and berjaga2 bila kat nihon nanti. Macam ni la realiti dunia sebenar kan? Bersyukur bila Allah masih hadirkan rasa menyesal,bersalah dalam diri su. Mintak ampun banyak2 dengan Allah. Mintak supaya lepas ni Allah sentiasa jaga n pandu hati kita dalam buat apa keputusan. Ganbare su, jangan give up :) "

Benar,aku tewas kali ini. Aku tewas dengan diri aku sendiri. Tapi benarlah bukan, Allah akan uji benda yang kita paling 最低?Dan Allah akan terus dan terus menguji hingga kita dapat atasi kelemahan kita tu.

Yang penting, jangan terus mengalah. Yang lepas memang kita tak boleh ubah, tapi yang akan mendatang kita masih boleh berjaga2 bukan?Minta padaNya, minta perlindungan dariNya..

Allah yang menguji,Allah yg hadirkan ujian,dan Allah juga yang mengangkat ujian itu..

Allah,ampuni aku..