Monday 29 February 2016

Tidak kira di mana, kalau waktu itu ketika itu 直接 Allah nak tarbiyyah hambaNya, pasti ada sesuatu yang Dia ingin kita sedar, kita tahu.

**************************************

"Salah ke ek kalau kita ni minat kat seseorang? Perasaan itu fitrah kan ? Ke macam mana pun kita kena buang perasaan tu?"

"Erm, fikir balik, fikir betul2, sebab apa suka tu? Betul ke perasaan itu lagi mendekatkan kita pada Dia? Atau sebenarnya memang buat kita jauh je dari Dia?"

Diam.

Terfikir balik. Tenang ke hati ini dengan semua ni? Betul ke dengan apa yang berlaku sekarang ni? Benar ke, Dia redha dengan cara ni?

***************************************

Hati ini, mana mungkin dapat diisi dengan perkara, sesiapa melainkan Dia. cuma Dia. dan juga cinta, kasih, yang berlandaskan kerana Dia. Ilah kita, cuma Dia.

Kerana dalam Islam, tidak ada yang kelabu. Cuma hitam, ataupun putih. Tiada jambatan yang menghubungkan dua perkara itu.

***************************************

"Nak fly dah tak lama, tapi masa ni lah diuji dengan perkara yang saya rasa saya tak patut fikir pun lagi. Saya dah penat, sungguh, Diri ni pun, entah ke mana sekarang. Betul2 dah kokoro jyunbi ke nak pergi nihon, dah setkan ke matlamat utama nak pergi nihon. Saya tak nak, pergi sana, sekadar pergi, tanpa berfikir, untuk apa sebenarnya aku pergi ke sana.."

"Su..berkali2, Allah akan uji titik lemah kita. Ingat tu. Sampai la kita dah betul2 boleh atasi benda tu.."

Penat, sungguh.

***************************************

"Memang susah nak cakap, banyak benda fikir. Nak jaga hati orang la, betul ke apa yang buat ni, or patut senyapkan aje. Tapi su, bila saya cakap, apa yang saya nak, apa yang saya rasa, dan setkan niat memang hanya kerana Dia, lepas tu sy jadi lega. Sekurangnya tiada beban dah nak fikir. Sebab saya tahu, ada Dia, yang Maha Mengetahui :)"

****************************************

Tak nak fikir pun, tapi bila tak nak lah, makin banyak yang datang. Yang menjadikan untuk terfikir.

Aku benar, perlukan, kekuatan dariMu, petunjuk dariMu.