Thursday 10 November 2016

:)

Assalamualaikum~~

Hihi, lama sangat dah tinggalkan blog ni..
時間がないかな~huhu
Tapi aku still menulis je, kadang2 dalam buku, tak sempat nak buka blog nak tulis..
Menulis setiap apa yang aku rasa :)

Dah nak masuk 8 bulan dah aku kat sini, kat mana ? :)
Cukup untuk mengajar aku, terlalu banyak perkara..
Allah, Your plan is always the best :)
Terlalu banyak rasa, rasa yang Dia izinkan aku untuk rasa,
terlalu banyak mereka2 yang Dia hadirkan untuk mengajar aku dari sekecil2 perkara,
dan mungkin, yang paling memberi aku makna, tentang erti cinta seorang hamba kepada Yang Maha Agung, tentang erti perjalanan seorang hamba yang kerdil, munuju pada Dia, tentang apa itu erti kasih dan cinta yang tiada penghujungnya..

Tiada lagi yang lebih aku inginkan melainkan,
ingin menggapai cinta dariNya..

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari :)

Monday 29 February 2016

Tidak kira di mana, kalau waktu itu ketika itu 直接 Allah nak tarbiyyah hambaNya, pasti ada sesuatu yang Dia ingin kita sedar, kita tahu.

**************************************

"Salah ke ek kalau kita ni minat kat seseorang? Perasaan itu fitrah kan ? Ke macam mana pun kita kena buang perasaan tu?"

"Erm, fikir balik, fikir betul2, sebab apa suka tu? Betul ke perasaan itu lagi mendekatkan kita pada Dia? Atau sebenarnya memang buat kita jauh je dari Dia?"

Diam.

Terfikir balik. Tenang ke hati ini dengan semua ni? Betul ke dengan apa yang berlaku sekarang ni? Benar ke, Dia redha dengan cara ni?

***************************************

Hati ini, mana mungkin dapat diisi dengan perkara, sesiapa melainkan Dia. cuma Dia. dan juga cinta, kasih, yang berlandaskan kerana Dia. Ilah kita, cuma Dia.

Kerana dalam Islam, tidak ada yang kelabu. Cuma hitam, ataupun putih. Tiada jambatan yang menghubungkan dua perkara itu.

***************************************

"Nak fly dah tak lama, tapi masa ni lah diuji dengan perkara yang saya rasa saya tak patut fikir pun lagi. Saya dah penat, sungguh, Diri ni pun, entah ke mana sekarang. Betul2 dah kokoro jyunbi ke nak pergi nihon, dah setkan ke matlamat utama nak pergi nihon. Saya tak nak, pergi sana, sekadar pergi, tanpa berfikir, untuk apa sebenarnya aku pergi ke sana.."

"Su..berkali2, Allah akan uji titik lemah kita. Ingat tu. Sampai la kita dah betul2 boleh atasi benda tu.."

Penat, sungguh.

***************************************

"Memang susah nak cakap, banyak benda fikir. Nak jaga hati orang la, betul ke apa yang buat ni, or patut senyapkan aje. Tapi su, bila saya cakap, apa yang saya nak, apa yang saya rasa, dan setkan niat memang hanya kerana Dia, lepas tu sy jadi lega. Sekurangnya tiada beban dah nak fikir. Sebab saya tahu, ada Dia, yang Maha Mengetahui :)"

****************************************

Tak nak fikir pun, tapi bila tak nak lah, makin banyak yang datang. Yang menjadikan untuk terfikir.

Aku benar, perlukan, kekuatan dariMu, petunjuk dariMu.