Wednesday 7 October 2015

Hati,心

Andai mereka mengerti, sungguh aku hanya punya satu hati. Mereka juga bukan? Hati yang mana cuma milikNya, yang perlu aku jaga, yang perlu aku bersihkan, yang perlu aku isi, hanya dengan namaNya, hanya dengan cintaNya..
Hati yang mana setiap hari,setiap detik,setiap ketika ingin hidup hanya untukNya, sebagai seorang hambaNya..
Hati yang mana, setiap hari menuntut untuk jalankan tugas sebagai abid n khalifah di muka bumi ini. Bukan, untuk perkara yang sia2.

Dan hati yang mana aku cuba dan cuba untuk simpan hanya pada orang yang tepat, bila tiba masanya. Aku yakin, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Sungguh, aku manusia biasa yang mana aku akui, bukan senang, untuk aku jaga hati ini betul2. Sukar.

辛い、本当です。。
だから、皆、そのことをやめてください。。

Mengertilah aku, bahawa ini ujian dariMu ya Allah. Dan sungguh, tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dariMu..