Saturday 10 May 2014

Kelembutan.

Bismillah, 
Assalamualaikum..

Dakwah itu mengajak. 


Apabila mengajak, pastinya kita mengajak dengan kelembutan sutera dan kata-kata yang indah.

Kerana dakwah yang paling utama sekali adalah melalui akhlak.
Akhlak dalam budi mahupun bicara.
Pastinya dengan kata-kata lembut itu lebih baik berbanding dengan kata-kata kasar dan sindiran.

Sekurangnya dengan kelembutan itu kita sudah mempamerkan akhlak baginda ajarkan dan semestinyaa tidak mendatangkan kemudaratan.


Kerana apa ?

Kerana dengan kelembutan , walaupun orang yang mendengar itu masih belum tertarik dengan ajakan tetapi kemudaratan dalam salah faham, pergaduhan , permusuhan itu akhirnya dapat dielakkan. Biiznillah.

Dakwahlah dengan hikmah, kesabaran, kelembutan dan rendah diri, sungguh ia melahirkan apa yang ada dari hati.

ALLAH SWT berfirman,

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik, Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNYA dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

(16 :125 )

'Disebabkan rahmat ALLAH lah engkau brlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya merekan akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan meminta ampun untuk mereka."
(3:159)

Jadi kita haruslah dulu memperbaiki cara-cara dalam berdakwah. Semua orang menyukai kelembutan itu, daripada kita menggunakan kekasaran.

Memang, kita ada cara kita yang tersendiri. Tapi kita kena sentiasa ingat apa yang penting matlamat dan niat kita dalam berdakwah ini adalah semata-mata kerana ALLAH SWT,mencari keredhaan ALLAH semata-mata, pemilik setiap hati manusia di muka bumi ini. Kita hanya berusaha, dan hasilnya ALLAH yang tentukan.

"Tidak dipergunakan kelembutan kepada kekasaran kecuali kelembutan pasti menang, dan tidak digunakan kekasaran kepada sesuatu pasti mendatangkan keburukan.."

Hati Umar Al Khattab juga jatuh dengan keindahan ayat Al Quran dan kelembutan peribadi Rasulullah SAW.

"Tidaklah ada kelembutan pada sesuatu, kecuali ia akan membuatnya indah. Dan tidaklah tercabutnya sesuatu, kecuali akan menjelekkannya." (HR Muslim)

Kita semua, manusia, semuanya lemah dan memerlukan nasihat itu.

InsyaALLAH, semoga ALLAH menerima, meredhai setiap usaha dakwah yang akan membantu kita di akhirat kelak.
Wallahualam.

Semoga ALLAH redha.

No comments:

Post a Comment