Friday, 24 October 2014

Jalan Ini?

Perjuangan ini panjang.
Perlukan strategi.
Perlukan kesabaran.
Perlukan kekuatan.
Bergerak, dan terus bergerak.
Walau merangkak, asal bergerak.

Sungguh, jalan ini tidak mudah. Jalan ini susah,dibentangi onak duri. Bukannya dihamparkan dengan permaidani merah. Hari kemenangan yang dijanjikan ALLAH belum tentu pada usia kita, belum tentu juga pada umur anak-anak kita. Mudah sekali untuk kita memberi alasan mengapa kita tidak mahu bersama gerabak ini. Gerabak DnT ini.

Tapi, ketahuilah bahawa,
 Gerabak ini akan tetap berjalan,dan terus berjalan. Bersama kita ataupun tidak. 
Gerabak ini akan tetap mendapat kemenangannya. Berrsama kita ataupun tidak.

Dan tatkala ia berdiri semula dalam keadaan bukan kita yang mengusahakannya, kitalah yang akan terasa rugi. Rugi kerana tidak bergerak bersama-sama dalam kafilah perjuangan yang mulia.

Kitalah yang perlu bertanya nanti, jikalau bukan bersama gerabak memenangkan Islam ini, maka pulang bertemu dengan ALLAH SWT nanti, kita hendak bawa apa?

Agama ini akan tetap terjaga, akan bangkit semula suatu hari nanti. Kerana agama ini ada penjaganya yang utama iaitu Allah SWT.

Sedarlah,masih banyak lagi kerja yang harus kau lakukan..


Sunday, 24 August 2014

Mungkin tiada lagi hari esok buat kita,
Mungkin hari ini hari yang terakhir..
Moga Dia tetapkan kita di jalan ini
Untuk terus merasai betapa manisnya cintaNYA itu..

Sungguh jalan ini bukanlah jalan yang mudah,
Bimbinglah kami ya Allah,
Berikanlah petunjuk dan hidayahMu ya Allah
Moga aku, dia, kamu, kalian
tsabat di jalan ini..

Ya Allah,
Andai aku jatuh,
Andai aku futur,
Andai aku lalai,
Andai aku lupa,
Please guide me back..
Sungguh, aku benar2 perlukanMU ya ALLAH..


Saturday, 10 May 2014

Kelembutan.

Bismillah, 
Assalamualaikum..

Dakwah itu mengajak. 


Apabila mengajak, pastinya kita mengajak dengan kelembutan sutera dan kata-kata yang indah.

Kerana dakwah yang paling utama sekali adalah melalui akhlak.
Akhlak dalam budi mahupun bicara.
Pastinya dengan kata-kata lembut itu lebih baik berbanding dengan kata-kata kasar dan sindiran.

Sekurangnya dengan kelembutan itu kita sudah mempamerkan akhlak baginda ajarkan dan semestinyaa tidak mendatangkan kemudaratan.


Kerana apa ?

Kerana dengan kelembutan , walaupun orang yang mendengar itu masih belum tertarik dengan ajakan tetapi kemudaratan dalam salah faham, pergaduhan , permusuhan itu akhirnya dapat dielakkan. Biiznillah.

Dakwahlah dengan hikmah, kesabaran, kelembutan dan rendah diri, sungguh ia melahirkan apa yang ada dari hati.

ALLAH SWT berfirman,

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah dengan cara yang baik, Sesungguhnya Tuhan-mu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNYA dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."

(16 :125 )

'Disebabkan rahmat ALLAH lah engkau brlemah lembut. Sekiranya engkau berkeras hati nescaya merekan akan lari dari sekitarmu. Maafkanlah mereka dan meminta ampun untuk mereka."
(3:159)

Jadi kita haruslah dulu memperbaiki cara-cara dalam berdakwah. Semua orang menyukai kelembutan itu, daripada kita menggunakan kekasaran.

Memang, kita ada cara kita yang tersendiri. Tapi kita kena sentiasa ingat apa yang penting matlamat dan niat kita dalam berdakwah ini adalah semata-mata kerana ALLAH SWT,mencari keredhaan ALLAH semata-mata, pemilik setiap hati manusia di muka bumi ini. Kita hanya berusaha, dan hasilnya ALLAH yang tentukan.

"Tidak dipergunakan kelembutan kepada kekasaran kecuali kelembutan pasti menang, dan tidak digunakan kekasaran kepada sesuatu pasti mendatangkan keburukan.."

Hati Umar Al Khattab juga jatuh dengan keindahan ayat Al Quran dan kelembutan peribadi Rasulullah SAW.

"Tidaklah ada kelembutan pada sesuatu, kecuali ia akan membuatnya indah. Dan tidaklah tercabutnya sesuatu, kecuali akan menjelekkannya." (HR Muslim)

Kita semua, manusia, semuanya lemah dan memerlukan nasihat itu.

InsyaALLAH, semoga ALLAH menerima, meredhai setiap usaha dakwah yang akan membantu kita di akhirat kelak.
Wallahualam.

Semoga ALLAH redha.

Tuesday, 6 May 2014

Give up.

Give up ? Eh tak tak.
NEVER, EVER GIVE UP :)
There are maybe times when things aren't the way we hope it to be,
everything looks impossible and we feel like just giving up..
But then, sometimes we just have to give it
 another chance, another try, just one more time..
Take things a step at a time.
Do what works best for you. 
Be hopeful as you embrace each moment.
Use your inner strength and qualities. Keep on believing that you can do it. 
Look out for the positive light to shine on you. 
You may just find that what seems difficult has just been made right. :)



Tiap detik, tiap ketika ALLAH SWT mengerti kita sedang mencuba (^^)

Friday, 2 May 2014

Usah mengalah.

"Hitunglah nikmat yang ALLAH berikan kepada kite, sumayyah. 
Daripada kite menghitung penderitaan, kesakitan yang kte hadapi. 
Ayuh kite berjuang, berjuang semampu yang mungkin. 
Nikmati hari2 kite dengan bahagia. 
Tersenyum walau terluka, bersyukur saat diberi, mahupun saat diuji.."

Jzkk sahabat..


Kita tidak tahu apa yang ALLAH tahu drpd ujian yang diberi.
Pada akhirnya, pelangi tu pasti muncul.
Teruskan bersabar !


"Wahai orang2 yang beriman, mohonlah pertolongan ( kepada ALLAH ) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar "
(2 : 153 )


Tuesday, 15 April 2014

Setahun.

Bismillah..

Assalamualaikum (:

15.04.2014
Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Genap setahun.
Happy anniversary JAD-MJHEP Batch 3 :)
Otanjyoubi omedetou :)
Alhamdulillah. Genap setahun kteorang ade kat bumi beranang nie.
Dengan bacaan yasin dan doa selamat beramai2. Dengan sedikit jamuan yang cukup simple tapi sangatlah best ! (^^) Syukur alhamdulillah ya ALLAH.



Setahun. Banyak benda yang mengajar aku. Kalau nak di listkan memang tak habislah. Terlalu banyak :)
Thanks semua. Mengenali awak2 semua is the best part of my life. Sungguh :) But,still it is a long journey. Moge perjalanan ini terus diberkatiNya, insyaALLAH. Moge kejayaan tu dapat jadi milik kite semua. Kejayaan di dunia dan akhirat. Hingga bumi sakura :) Dapat banggakan parents. Dapat jalankan tanggungjawab kat diri sendiri, kawan2, parents, sensei2 n yang paling penting kat ummah. insyaALLAH. Tak tahu nak ckp camne betapa sayangnya kat semuaa. Sayang sangatt. :') Seperti mane rase sayang aku kat batch 35 sesma dulu, even baru setahun je kenal. Moge ikatan ukhuwwah ini terus berkekalan, insyaALLAH. Hingga syurga :)



Terima kasih ya ALLAH.
Untuk segala nikmat yang telah Engkau berikan.
Untuk pertemuan dengan insan2 yang sangat hebat.
Yang banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenar 
dalam menjalankan tugas di muka bumi ini.
Untuk merasai kemanisan ukhuwwah yang sebenar.
Yang terus menguatkan aku untuk terus berada di jalan ini.
Syukur alhamdulillah.

SAYANG SEMUAAAAAAAAA :)

Saturday, 29 March 2014

Selamat berjuang.

Bismillah..

Assalamualaikum :)

So tonight im leaving T.T
New sem new spirit insyaALLAH. Moge dipermudahkan segala urusan. 2 tahun lagi. Bak kate daisenpai yang dah sampai nihon, 2 tahun sekejap ajeee. So nihon made ganbatte! Belajar pun salah satu jihad gak kann. Yang penting niat nak belajar tuu. LILLAHITAALA. Di samping tu jangan lupe jugak  dua tugas utama kite di atas muka bumi nie :)


Sooo bittaufiq wannajah ! Goodluck ! Ganbbate ! Man jadda wajada :)
Still aku ade mama yang perlu aku banggakan.
Never give up no matter how hopeless sumayyah :)

Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertaiNYA,
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan,
pasti ramai yang tertarik padaNYA.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya, sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula,
Andai terluka, ingatlah janjiNYA !

Moge redha ALLAH dapat kite capai, insyaALLAH amin..