Wednesday 30 September 2015

300915

1:46
01.10.15

Tak boleh tidur lagi,entah perasaan yang dah lama kot tak rasa,alhamdulillah :)

Taktau tapi rasa macam nak menulis setiap apa yang berlaku hari ni,sebab taknak semuanya berlalu begitu saja.

Maa ne mungkin aku ni jenis yang sentimental sikit kot,sesetengah orang mungkin anggap biasa je benda ni. Tapi mungkin bagi aku tidak,kerana sangat2 hargai semua yg berlaku pada hari ni. Alhamdulillah :)

Oh ya saya dah masuk 20 ! IamAbigGirl !
Alhamdulillah,syukur Allah izinkan untuk merasai kehidupan kat dunia ni selama 20 tahun.

Yang berusaha jadi orang yg terawal untuk wish, aku sangat2 hargai. Intan,ainur,syerah,nadhirah,adik,anis yang tak tidur tunggu sampai aku balik bilik untuk wish then bagi kek n dark chocolate yg sememangnya favourite akuu,macam mana tak terharuu :') n semestinya ayu yang dari dulu,tak pernah fail untuk jadi orang yang terawal. Tepat 00:00, 30.09.15..
Terharu dengan ucapan dan yang penting doa2 yang baik dari mereka,yang benar sangat2 aku perlukan. Bukan senang nak dapat doa2 dari orang kan :)

Bila mama call tanya,

"kakak nak apa untuk hari jadi kakak ?"

Fikir2 balik, mama dah beri semuanya untuk aku,everything,terlalu banyak pengorbanan,apa lagi yang boleh aku mintak? :')

"doakan kakak sentiasa mama,dunia akhirat"

Doa seorang ibu tiada hijab bukan ? :)

Pagi dapat message fb,senpai2 hyogo hantar recording nyanyi lagi birthday. Macam mana tak terharu?:')

Tengah hari, mad datang hantar kek. Terharu,bila sanggup datang untuk hantar :')

Dapat parcel,tudung. Benda yang aku suka, macam mana aku tak terharu ? :') Terima kasih,jzkk.

Malam ada usrah dengan adik2 and sungguh tak pernah expect pun dyeorg ingat and celebrate dalam usrah. Siap beli kek,dominos bagai, macam mana tak rasa terharu ? :')

Balik bilik tengok ada hadiah craft yang sangat comel daripada kimah, cute sangat,sungguh ! Teringat zaman2 sesma dulu.

Bukak loker ada tudung and kad dari tirah. Sesuatu yang aku suka, again macam mana tak rasa terharu ? :')

Alhamdulillah ya Allah.
Even sekecil2 benda cukup untuk buatkan aku rasa gembira hari ini,sungguh.
Semuanya dengan izinMu ya Allah. Rasa ini juga benar,dariMu. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Doa dari semua,jzkk.

"Doa akk moga Allah jadikan hari2 suu adalah hari yg mana hati suu sentiasa hidup untuk Dia. Hari yang suu x pernah kenal erti putus asa mencari redha Dia."

Syukur��






No comments:

Post a Comment