Thursday 20 August 2015

Rasa itu

Yang memberi itu Dia,
Yang menghadirkan rasa itu juga Dia,
Kerana semua, benar datang dariNya,
Semua milikNya..

Hissashiburi desuu :)

Rindu je nak menulis, sebab aku adalah orang yang meng'express'kan setiap apa yang aku rasa melalui tulisan. And somehow after menulis membuatkan aku akan rasa lebih tenang dan lega.
Syukur semua milikNya :)

Tapi, saikin banyak perkara yang berlaku, banyak perkara yang baru aku belajar tentang menulis.
Membuatkan aku sedikit hilang keyakinan untuk menulis.
Mengambil masa yang agak lama, untuk aku berfikir dengan lama tentang semua ni.

Tapi at last, aku cakap kat diri aku, ' just be yourself sumayyah '.
Lagipun, blog ni macam diary je bagi aku.
Dan sememangnya ada satu cerita yang aku tulis, kerana aku tidak mahu melupakan sedikit pun setiap detik, setiap masa, setiap apa yang berlaku ketika itu. Setiap kali aku rindu pada arwah abah, aku akan baca balik apa yang aku tulis ketika itu. Aku nak diri aku sentiasa ingat, apa yang aku perlu buat, apa yang aku perlu jadi supaya arwah abah kat sana tenang.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : 
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Doa anak yang soleh dan solehah.

Dulu selalu aku fikir, nak banggakan mama dan abah. Nak hadiahkan kejayaan straight As kat mama and abah. Sore dake desu. Cukup dengan itu. And bila abah pergi, aku pun fikir. Apa lagi perkara yang boleh aku buat untuk tolong abah kat sana? Sememangnya aku lupa something yang lagi besar, yang lagi penting. Anak yang solehah. Amalan anak yang solehah.

Selalu aku cakap kat mama,

"Mama, banyak benda yang abah suruh kakak buat dulu, kakak tak buat..Kakak banyak kecewakan abah kan.. Kakak tak jadi anak yang baik.."

Aku tak tahu, tapi aku yakin setiap rasa yang hadir tu, sememangnya datang dariNya.
Banyak perkara yang aku belajar selepas itu. Banyak benda yang aku baru jumpa.
Dan sememangnya, nikmat untuk berada dalam dakwah and tarbiyyah adalah satu perkara yang aku sangat syukuri.

Syukur, semua milikNya.

Satu perkara yang aku sedar, arwah abah adalah pinjaman dariNya.
Setiap benda, setiap perkara adalah pinjamanNya.
Dan kerana rahmatNya yang mengizinkan aku untuk merasai kasih sayang seorang abah di dunia ini, syukur alhamdulillah Ya Allah.
Temukan kami lagi suatu hari nanti,dengan izinMu, di syurgaMu Ya Allah.





No comments:

Post a Comment