Thursday 20 August 2015

"Nak"

Bertemu dengan mereka2 yang telah lama berada di jalan ini, membuatkan aku sedar banyak perkara.

"Akak, macam mana akak boleh tsabat sampai sekarang? Kat sana(Jepun) banyak kan dugaan Dia."

"Ermm sebab akak nak"

Aku terdiam.
Benar bukan ? Kalau kita nak, kalau kita betul2 nak, aku yakin Allah akan guide, Allah akan buka jalan untuk kita, hingga akhirnya. Biar hebat mana pun ujian, halangan yang bakal kita lalui, kalau kita betul2 faham, insyaAllah dengan izinNya, Allah akan izinkan kita untuk terus bergerak, berjuang di jalanNya. Kita yang memilih, kita yang membuat pilihan.

Allah itu sentiasa beri dan memberi. Sungguh. Even kadang tu aku rasa macam "Ya Allah, takde apa pun yang aku buat untuk jalanMu ini kan Ya Allah. Nothing."
Tapi Allah, masih lagi memberi dan memberi. Tarbiyyah dariNya, sentiasa ada. Dalam pelbagai cara.

"Walau pun awak rasa macam tu, tapi Allah still bagi n bagi lagi kan ?"

"Aah.. Tapi akak, kalau suatu hari nanti, saya takut, takut kalau Allah dah tak nak bagi.."

"Sebab tu awak kena selalu doa, minta pada Allah selalu.."

Moga terus menjadi pilihan Allah.
Kita semua.


No comments:

Post a Comment