Sunday 13 September 2015

Cerita itu.

Teringat kata2 kakak itu,

"Mayra..Mayra tak boleh putus asa dengan nikmat Allah,Mayra kena betul2 redha. Allah ambil ayah Mayra sebab Allah sayangkan ayah Mayra, and Allah uji Mayra sebab Allah tahu Mayra mampu. Mayra tak boleh cakap Allah tak adil and bersikap kejam dengan Mayra. Bukan ke setiap apa yang ada kat dunia ni cuma pinjaman daripada Allah untuk kita?
Mak,ayah,adik beradik,sahabat,semua tu milik Allah,bukan milik kita Mayra. Semua orang akan hadapi situasi macam ni cuma yang membezakan cepat atau lambat je. Dan Allah ambil orang yang kita sayang sebab Allah nak ingatkan yang kita semua, suatu hari nanti,pasti,dan pasti akan kembali kepadaNya..Mayra...Allah tu sangat penyayang.. tak pernah Allah takdirkan kisah hidup yang sia2 untuk hambaNya..Mayra kena kuat,kuat untuk umi Mayra,adk beradik Mayra..Mayra kan anak sulung.. Jauh lagi perjalanan Mayra..Mayra kena betul2 redha dengan Allah.."

Laju je air mata aku mengalir di pipi..

Teringat kembali peristiwa setahun yang lalu..
Masih segar dan tak mungkin aku lupakan saat itu..saat yang benar mengubah hidup aku dalam sekelip mata sahaja..

Hari ni hari terakhir SPM. Tak sabar,tak sabar aku nak balik. Aku nak jaga abah. Aku nak tengok abah. Sepanjang aku SPM ni abah koma dan langsung tak sedarkan diri. Puncanya yang sebenar pun tak pasti. Dan aku tak berkesempatan langsung untuk pulang melawat abah. Jauh,kata umi. Dan umi nak aku fokus pada exam. Umi tak nak fikiran aku terganggu. Sepanjang aku exam,bukan senang untuk aku hadapinya. Sering kali aku teringatkan abah yang sedang bertarung dengan nyawa sendiri. Dan aku sedih,aku tak dapat berada di sisi abah. Aku rindu.
Aku rindu abah.

Tepat jarum jam menunjukkan 3:30 petang,pengawas peperiksaan mengumumkan waktu menjawab sudah tamat. Semua orang bertepuk tangan. Kelihatan muka ceria dan bahagia setiap orang kerana perjuangan sudah berakhir. Penat lelah selama 5 tahun. Alhamdulillah. Selebihnya cuma tawakkal pada Allah. Dan aku terus bangun dari tempat duduk aku ingin keluar terus dari dewan peperiksaan. "Mesti umi dah sampai ni",monolog aku sendirian. Tapi belum sempat kaki aku melangkah keluar dari dewan,tiba2 Farah,sahabat yg rapat dengan aku datang dan memeluk aku. Erat. Erat pelukannya seperti tidak mahu untuk lepaskan. "Mungkin dia sedih nak berpisah kot". Tapi fikiran aku masih pada umi ketika itu. Ingin aku cepat2 pergi jumpa umi. Tiba2 Farah menangis.

"Eh farah,kenapa ni,jangan nangis,nanti kita boleh jumpa lagi ye"

"Mayra,mayra kena kuat tau. Walau apa pun terjadi mayra kena kuat tau. Mayra janji ye."..

Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Terus aku menangis,teringatkan abah.Sememangnya sahabat seperjuangan aku sangat memahami aku dan tak pernah luntur memberi semangat kepada aku tika abah sakit.

"Farah..farah doakan ayah mayra cepat sembuh ye..mayra rindukan abah.."

Pelukan farah makin kuat.

"Mayra..insyaAllah"..

"Farah..mayra nak pergi jumpa umi mayra ni..mayra nak balik cepat,nak jaga abah..Nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye.Dah2.jangan nangis lagi..lap air mata tu.Tak comel la ngangis2 nie.."

Farah ketawa kecil mendengar usikan aku itu.
Aku mengukir senyuman pada Farah. Benar,aku sayang Farah,kerana Dia..

Aku terus berjalan menuju ke asrama. Dari jauh aku sudah nampak susuk tubuh umi dan adik yang berdiri di hadapan pintu gerbang asrama. Langkah aku makin laju menuju ke arah umi.

"Assalamualaikum umi"..

Aku cium dan peluk umi. Ahh rindunya umi. Melihat susuk tubuh umi yg semakin kurus,muka yang tidak bermaya. Mesti umi tidak lena tidur memikirkan abah.

"Umi,abah ok?"..

"Ok,alhamdulillah"..

No comments:

Post a Comment